Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) ke-46 telah mengadakan Sambutan hari guru 2011 dengan tema “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. pada :
Tarikh : 16 Mei 2011 (Isnin)
Masa : 7.15 pagi – 10.00 pagi (Sesi 1)
10.30 pagi – 1.30 tengahari (Sesi 2)
Tempat : Padang IPG KTI (Sesi 1)
Dewan Sri Temenggong (Sesi 2)
Acara yang dipertandingkan pada sambutan hari guru kali ini ialah bola sepak 15 sebelah, bola jaring, bola tampar, petanque, dan juga sukan ragam di sesi pertama. Manakala dalam sesi kedua pula , persembahan-persembahan seperti tarian 1 malaysia ( zapin, tarian cina, tarian india), deklamasi sajak (ibu / guru),berbalas pantun (spontan), koir, nasyid, persembahan muzik 1 malaysia turut mewarnai sambutan hari guru kali ini. Cabutan bertuah turut disediakan untuk para pensyarah dan juga siswa-siswi guru .Sambutan Hari Guru 2011 berakhir pada pukul 1.30 petang . Majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Tuan Haji Abu Bakar Bin Sahari.