INFO



GAGASAN BAHARU IPG


Pada 13 Julai 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan. Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Graduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011. Tuntutan semasa yang semakin mencabar serta kenaikan taraf IPG sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) memerlukan IPG memenuhi pelbagai keperluan. IPG perlu dijenamakan semula bagi memacu lonjakan kecemerlangannya. Sehubungan itu, IPG membawa satu pendekatan baharu kepada budaya kerja, kompetensi dan pentadbiran. IPG perlu menjadi institusi pilihan utama dalam bidang pendidikan guru selaras dengan Visi dan Misi IPG baru. Perkembangan dan kepesatan dunia pendidikan telah menyaksikan semakin banyak institusi pendidikan awam dan swasta ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pendidikan di Malaysia. Ini merupakan satu cabaran bagi IPG kerana perlu bersaing dengan IPTA dan IPTS yang juga menawarkan program ijazah serta ijazah lanjutan. Dalam persaingan sihat ini, IPG perlu bersedia untuk menjadikan institusi ini sebagai pilihan utama pelajar. IPG perlu bersedia untuk bersaing dengan IPTA dan IPTS dalam sistem terbuka pengambilan guru. Penawaran Ijazah Sarjana Muda Perguruan meletakkan IPG setaraf dengan universiti. Ijazah yang dianugerahkan oleh IPG sama tarafnya dengan ijazah yang dianugerahkan daripada mana-mana universiti yang diiktiraf kerajaan. Dalam aspek sistem pengurusan kualiti dan akreditasi, IPG perlu sentiasa memastikan keperluan standard dipenuhi. IPG juga merancang untuk mengurniakan Ijazah Sarjana dan PhD pada masa akan datang. Untuk memastikan hasrat ini tercapai, IPG perlu berkemampuan menyahut cabaran untuk memenuhi tuntutan-tuntutan tersebut. IPG perlu benar-benar menjadi The Learner-Centered University. Transformasi pendidikan memerlukan perubahan dari segi kurikulum yang menekankan penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran. IPG perlu berperanan merubah paradigma dalam melahirkan modal insan berkualiti bagi mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk itu, mempraktikkan The Learner-Centred University adalah satu kemestian bagi IPG agar setara dengan universiti lain. 




LAGU IPG

Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta
Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa
Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi
IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPG