AKTIVITI

PERTANDINGAN MENGHIAS BLOG SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE-54 ANTARA KOLEJ KEDIAMAN IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM.

            “
Pertandingan Menghias Blog sempena Bulan Kemerdekaan ke-54”  bertujuan untuk mencungkil bakat siswa-siswi guru untuk dalam bidang membina dan rekaan layout laman blog masing-masing supaya kemahiran yang mereka ada dapat dikongsi bersama-sama. Melalui pertandingan ini seumpamanya, diharapkan dapat menjana siswa-siswi guru yang mahir dalam ICT.

Pertandingan ini terbuka kepada semua siwa-siswi guru yang tinggal di kolej kediaman IPG KTI dari setiap blok. Hiaskan laman blog anda dengan cara yang paling kreatif dan menarik sebagai menggambarkan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan ini dengan Jalur Gemilang dan sebagainya. Rakam foto laman blog anda dengan menggunakan kaedah "screenshot" dan upload di wall page Biro Teknologi Maklumat & Penerbitan IPG KTI untuk dinilai. Hadiah-hadiah menarik beserta sijil penyertaan menanti anda.

Setiap kolej kediaman perlu menghantar sekurang-kurangnya 5 PENYERTAAN dari blok masing-masing. Pendaftaran dan bayaran boleh dibuat kepada ketua blok masing-masing. Yuran penyertaan adalah RM5 seorang. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 11 September 2011,manakala tarikh tutup pertandingan adalah pada 15 September 2011.

CARA MENYERTAI PERTANDINGAN INI:

1.  Daftarkan diri anda dan bayar yuran penyertaan (RM5) untuk menyertai pertandingan ini kepada ketua blok masing-masing.

2.  Like page Biro Teknologi Maklumat & Penerbitan IPG KTI di Facebook.





4. Hiaskan laman blog anda dengan cara yang paling kreatif dan menarik sebagai menggambarkan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan ini dengan Jalur Gemilang dan sebagainya. Sila sertakan bersama logo rasmi kempen pertandingan ini.

5.   Rakam foto laman blog anda dengan menggunakan kaedah "screenshot" dan upload di wall page Biro Teknologi Maklumat & Penerbitan IPG KTI bersama link untuk blog anda. (contoh: http://namabloganda.blogspot.com/)


Perhatian : Setiap laman blog yang mahu dipertandingkan mesti dihiasi dengan logo rasmi kempen (di bawah) dan bendera Jalur Gemilang. Template blog mestilah asli dan hasil daripada idea sendiri.

                            

“HADIAH-HADIAH MENARIK DI SEDIAKAN UNTUK LAMAN BLOG YANG PALING KREATIF SERTA MENARIK. SETIAP PESERTA AKAN DIBERI SIJIL PENYERTAAN.”




Syarat-syarat Penyertaan:
  1. Peserta hendaklah terdiri daripada siswa-siswi guru yang menetap di kolej kediaman IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Ahli-ahli JPP ke 46 tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
  2. Setiap kolej kediaman perlu menghantar sekurang-kurangnya  5 orang peserta dari blok masing-masing untuk mewakili pertandingan ini.
  3. Yuran penyertaan adalah RM5 seorang. Pendaftan dan bayaran yuran penyertaan boleh dibuat kepada ketua blok masing-masing.
  4. Semua ciptaan atau hasil karya penyertaan mestilah asli dan hasil daripada idea sendiri.
  5. Jika penyertaan dihantar oleh orang lain, hanya pemilik laman web/blog sahaja dianggap pemenang.
  6. Semua foto screenshot laman web/blog untuk dipertandingkan hendaklah di upload di wall page Biro Teknologi Maklumat & Penerbitan IPG KTI di Facebook bersama link ke blog anda
  7. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  8. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap terhadap sebarang kerosakan, tersilap hantar atau penyertaan yang hilang.
  9. Penganjur juga mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan foto-foto yang dihantar untuk pertandingan ini.
  10. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  11. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 11 September 2011. Semua penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada 15 September 2011


“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”