KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KE-44


IPG KTI Johor Bahru telah menganjurkan temasya sukan tahunnya kali ke-44 pada 28 April 2011 . Temasya sukan ini disertai oleh semua guru pelatih yang terdiri daripada pelbagai kaum dan program. Selain itu, kejohanan ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan para pensyarah dan staf sokongan warga IPG KTI JB. Kejohanan ini dirasmikan oleh Pengarah IPG KTI iaitu Tuan Haji Mohd. Said bin Hasran. Rumah Laksamana menjadi johan keseluruhan bagi kejohanan pada kali ini.Tujuan sukan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kesukanan di dalam diri guru-guru pelatih di samping untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara warga kampus.