Pada 29 September hingga 1 Oktober 2011 , Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG KTI Ke-46 telah menyertai dalam Kursus Kepimpinan Dan Organisasi JPP Zon selatan 2011 di Kem Kaizen, Pekan Nenas,Pontian. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) daripada empat buah IPG turut serta dalam kursus ini iaitu IPG Kampus Tun Hussein Onn, IPG Kampus Raja Melewar, IPG Kampus Perempuan Melayu dan IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Kursus ini bertujuan untuk memberi peluang kepada barisan kepimpinan setiap IPG yang baru dilantik untuk berkumpul dan berkongsi maklumat dengan tujuan memantapkan lagi peranan dan tanggungjawab JPP di institut. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan semasa kursus ini antaranya ialah ceramah Visi/ Misi JPP, pembinaan web/ Blog, kembara rimba, malam kreativiti/ video korporat, pengurusan kewangan dan sebagainya. JPP dapat menimba sebanyak mungkin ilmu kepimpinan daripada tokoh-tokoh pemimpin yang ada di institut seterusnya mewujudkan suasana yang lebih kondusif, memberi peluang kepada bakal-bakal guru menghayati erti dan tanggungjawab yang lebih berkesan dan bersistematik.