KONVENSYEN GURU-GURU MUDA KEBANGSAAN (KOGUM ) 2011

Konvensyen Guru-Guru Muda Kebangsaan 2011 atau KOGUM 2011 merupakan program yang dianjurkan julung kalinya secara bersama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Konvensyen ini berlangsung selama tiga (3) hari iaitu 8-10 Julai 2011 bertempat di UiTM Shah Alam dengan tema "Guru Pemangkin Kecemerlangan Bangsa". Seramai lebih kurang 1400 orang peserta yang merupakan pemimpin daripada guru-guru pelatih IPG dan pensyarah-pensyarah daripada 27 IPG , pegawai-pegawai KPM dan IPG, ahli-ahli GPMS, dan pemerhati, dan urus setia yang telah terlibat sepanjang program konvensyen ini. YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak ,Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan konvensyen ini dan seterusnya melancarkan MPPIPGK .Majlis penutupan dihadir oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin,Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.